Sunday, November 13, 2016

KEK PERKAHWINAN AMYRA ROSLI DAN AMAR BAHRIN #amyramar

MadAboutCake- Cake Artist and Designer

Kek perkahwinan- Resepsi Amyra Rosli dan Amar Bahrin
Premiera Hotel
12 November 2016

Berkonsep kan perkahwinan penuh magis Fairytale. 


Kek bertemakan Castle ini mengambil masa selama 6 hari untuk disiapkan. Bermula dari asas sehinggalah sentuhan terakhir.

Kami menggunakan lebih dari 50kg Aising Sugar yang diimport khas untuk menyaluti kek ini.



Berkolabrasi bersama pereka Fesyen terkenal Rizman Ruzaini menjadikan ia salah satu kek Perkahwinan termahal dan teristimewa pernah kami hasilkan.


Diketuai oleh Senior Cake Artist MAD ABOUT CAKE
Zam Akmal Abd Halim yang merupakan Naib Juara Hero Oven TV3.
Ia dibantu oleh #MACCREW Chef Wan Noor Zamran, Mohd Faizul Izuan, Syahirah, Mohd Faiz, Fahmi dan turut dibantu pelajar praktikal daripada FOOD INSTITUTE OF MALAYSIA. 

Segala perincian dibuat dengan teliti dalam memastikan hasil akhir yang diingini.
Bermula daripada hari Isnin sehinggalah hari Majlis
kek ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.

Alhamdulillah berkat kerjasama berkumpulan kek ini akhirnya berjaya tiba di Dewan dan menjadi kek paling Penuh istimewa di dalam hidup Amyra Rosli dan pasangannya Amar Bahrin.

"Detail yang terdapat pada kek Amyramar"

"Chef Wan Noor Zamran sedang melakukan Final Touch untuk kek"

Kek dihiasi dengan kilauan batu-batu Swaroski yang ditambah pada saat akhir bagi elemen kejutan.
Perjalanan dari PJ-KL menjadi perjalanan yang paling lama bagi kami.
Selalu hanya 20min menjadi kepada 45-1jam dalam memastikan tiada sebarang kerosakan berlaku kepada kek semasa perjalanan ke hotel.
Alhamdulillah 



"Antara barisan MACCREW yang terlibat"

Terima kasih semua yang menjayakan impian kek perkahwinan 
#amyramar

Majlis resepsi berjalan penuh gilang gemilang.
Dan kami berbangga dengan apa yang telah kami hasilkan.
Banyak yang perlu kami pelajari dan Terima kasih atas sokongan semua yang tidak putus-putus.
Andalah sumber ilham kami.

Kepada pasangan Amar Bahrin dan Amyra Rosli
kami dari MAD ABOUT CAKE
mengucapkan selamat pengantin baru dan stay cute.
Kekal ke Jannah.

Jom saksikan video semasa cake cutting ceremony.


Salam penuh kemanisan 
Dari kami Warga 
MAD ABOUT CAKE

Lawati laman instagram kami di madaboutcake_official
untuk gambar2 terbaru.

Sign Off

1 comment:

Fatima Noor said...

Great Article. Thank You page is really important for any cake business and it should not be neglected. best cake shops in dubai

Adverstisment