Thursday, November 17, 2016

RESEPI BANANA BREAD HILL mudah dan ringkas. Sedap! Mad About Cake

MadAboutCake- Cake Artist and Designer

Selamat petang semua,
Hari ini admin nak share dengan anda semua satu recipe Kek Pisang yang sangat mudah dan sedap.

Jangan buang masa jom kita buat kek pisang.
Nyum..


Banana Bread Hill Recipe
Kek Pisang

Ingredients
Bahan Bahan

500      gm       Banana / Pisang
450      gm       Caster sugar/ Gula Halus    
5          nos      Egg/ Telur
250      ml        Evaporated milk/ Susu Cair
7.5       gm       Baking soda
500      gm       Cake flour/Tepung kek       
12.5     gm       Salt/ Garam
5          gm       Cinnamon powder/ Serbuk Kulit kayu manis
175      ml        Cooking oil/ Minyak masak

Methods:
Cara-Cara:

  • Lenyek pisang  di dalam mangkuk, masukkan gula halus dan pukul hingga gula hancur. 
  • Mashed banana in a bowl, than add in sugar and beat till sugar dissolve.

  • Masukkan telur dan teruskan pukul.
  • Add in the eggs and continue to beat.

  • Campurkan baking soda bersama susu cair dan masukkan ke dalam pisang tadi dan kacau rata.
  • Mix together the baking soda together with the evaporated milk, than pour into the banana mixture and mix well.

  • Langkah seterusnya masukkan tepung  dan kacau.
  • Next step, add in the flour ( can use the whisk to ease the mixing )

  • Akhir masukkan minyak dan kacau rata.
  • Last add in the oil and mix well.
  •  
  • Tuang ke dalam loyang kek dan bakar pada suhu 150-160c selama 40minit.
  • Pour in the baking tin and bake at 150 to 160 C for about 40 min.

Selamat mencuba buat anda semua.


Wednesday, November 16, 2016

KEK HANDBAG PERTAMA -Buruk malu nak tunjuk. Evolusi kek Mad About Cake

Salam Semua pengikut Mad About Cake
EVOLUSI KEK HANDBAG 

MAD ABOUT CAKE  


Kami bermula pada sekitar 2008, dimana sewaktu itu fondant bukanlah sesuatu yang biasa bagi kami. 
Bermula dengan membuat kek Chocolate fudge salut dengan Cream Ganache yang time tu senget, tidak kemas dan comot. Kenangan semua itu.

Kami mula buat kek2 hantaran, kek birthday. Perlahan-lahan belajar
dan praktikkan setiap pengalaman.

Ok handbag pertama yang kami buat adalah 
dibawah ini.
Kelakar kan, tapi time dapat order ni memang x berani nak buat sebab tak biasa.
Tapi atas sebab kawan2 minta buatkan 
tak tahu mana datang keberanian untuk ambil order ni.

Ingat lagi time buat ni dari pagi sampai ke malam. Walaupun tengok rasa macam nak buang tapi time tu rasa hasil yang ni dah cukup cantik. Bangga gila.
Sebab time tu kek fondant tak secanggih sekarang. 
Kek ni deliver kat Marriot KL mengusung ke lobby ada pengunjung tengok2, puji2 lagi bangga. Tak tahu lah kalau dalam hati diaorg mengata haha.

Time tu mmg x tanya feedback sebab segan dan malu. Kurang percaya pada diri.

Disember 2008- Kelakarkan

Sehari demi sehari. Dapat lagi tempahan kek2 handbag.
Kami belajar improve setiap kali buat.
Buat research. Buat kajian. 
Belajar kenal fondant dan design.

September 2009

Bila fondant dah menjadi sahabat, kita tahu luar dalam, kelebihan dan kelemahan dia
Secara semula jadi benda ni berlaku. 
Segalanya menjadi mudah.
Alhamdulillah

Handbag Ogos 2009

Kalau dihimpun semua gambar kek handbag kami dari mula sehingga 2016 
memang totally berbeza.

Ini yang dinamakan pembelajaran dan pengalaman yang tak boleh dibeli.
Priceless
 
Antara handbag kegemaran kami


KINI 2016 

November 2016

Alhamdulillah kami bersyukur dengan apa yang telah
kami lalui hampir 10 tahun ini menjadi batu asas buat kami.

Untuk menjadi sumber inspirasi buat mereka diluar 
sesuatu yang tidak pernah kami terfikir.

Kami melakukan apa yang kami MINAT
dan menukarnya kepada KERJAYA


Jangan pernah putus asa
dan sentiasalah bersikap positif.

Jangan pernah berhenti untuk belajar.
Ilmu adalah harta buat kita.


Kepada anda yang berminat untuk mempelajari teknik dan rahsia pembuatan KEK HANDBAG
Boleh sertai kelas yang kami anjurkan.
Semoga perkongsian kami semasa kelas mampu 
MENAMBAH NILAI HIDUP ANDA

Sekiranya kek anda biasa-biasa sebelum ini, tukarkan ia menjadi LUAR BIASA.
Sebelum itu tukar diri kita kepada YANG LEBIH LUAR BIASA

Tu dia ayat macam pakar motivasi.
Salam semua.

XOXO Abang Pembuat Kek Handbag
MadAboutCake- Cake Artist and Designer

KELAS KEK 3D HANDBAG DARI NAIB JUARA HERO OVEN TV3 & PEMBUAT KEK ISTANA AMYRA ROSLI & AMAR BAHRIN

MadAboutCake- Cake Artist and Designer
JOHOR BAHRU

Alhamdulillah, dah lihat hasil kerja Cake Artist MAD ABOUT CAKE untuk majlis perkahwinan AMAR BAHRIN & AMYRA ROSLI?

Kini Buat anda yang berminat untuk mempelajari teknik pembuatan kek 3D Handbag,
Rebutlah peluang ini. Kami bawakan Head Cake Artist MAC dan Naib Juara Hero Oven TV3
Zam Akmal Abd Halim
khas ke Johor Bahru untuk kelas HANDS ON Handbag ini.


Anda akan mempelajari cara pembuatan menggunakan REAL CAKE.
Pelbagai teknik dan rahsia bakal dikongsikan bersama anda.

Detail adalah seperti dibawah:
Yuran:RM450.00
17 Disember 2016
HANDS ON dan REAL CAKE
Makan Minum disediakan oleh MAC.

Note positif:
Harga Jual bagi sebiji Kek handbag sebegini RM390.00++
Kepada anda yang berminat untuk menjadi pembuat kek Handbag segera daftarkan diri 
anda sebelum terlepas. 


Early Bird: (18 Nov-1 Dis 2016) RM390.00
(2Dis-14Dis 2016) Rebate RM100/pair bagi setiap yang datang berpasangan.

EXTRA: Basic asas menggunakan AIRBRUSH.
Kepada yang berminat/ sebarang pertanyaan sila 
Whatsap detail anda ke:
0123845590 atau 0173587388

Sunday, November 13, 2016

KEK PERKAHWINAN AMYRA ROSLI DAN AMAR BAHRIN #amyramar

MadAboutCake- Cake Artist and Designer

Kek perkahwinan- Resepsi Amyra Rosli dan Amar Bahrin
Premiera Hotel
12 November 2016

Berkonsep kan perkahwinan penuh magis Fairytale. 


Kek bertemakan Castle ini mengambil masa selama 6 hari untuk disiapkan. Bermula dari asas sehinggalah sentuhan terakhir.

Kami menggunakan lebih dari 50kg Aising Sugar yang diimport khas untuk menyaluti kek ini.



Berkolabrasi bersama pereka Fesyen terkenal Rizman Ruzaini menjadikan ia salah satu kek Perkahwinan termahal dan teristimewa pernah kami hasilkan.


Diketuai oleh Senior Cake Artist MAD ABOUT CAKE
Zam Akmal Abd Halim yang merupakan Naib Juara Hero Oven TV3.
Ia dibantu oleh #MACCREW Chef Wan Noor Zamran, Mohd Faizul Izuan, Syahirah, Mohd Faiz, Fahmi dan turut dibantu pelajar praktikal daripada FOOD INSTITUTE OF MALAYSIA. 

Segala perincian dibuat dengan teliti dalam memastikan hasil akhir yang diingini.
Bermula daripada hari Isnin sehinggalah hari Majlis
kek ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.

Alhamdulillah berkat kerjasama berkumpulan kek ini akhirnya berjaya tiba di Dewan dan menjadi kek paling Penuh istimewa di dalam hidup Amyra Rosli dan pasangannya Amar Bahrin.

"Detail yang terdapat pada kek Amyramar"

"Chef Wan Noor Zamran sedang melakukan Final Touch untuk kek"

Kek dihiasi dengan kilauan batu-batu Swaroski yang ditambah pada saat akhir bagi elemen kejutan.
Perjalanan dari PJ-KL menjadi perjalanan yang paling lama bagi kami.
Selalu hanya 20min menjadi kepada 45-1jam dalam memastikan tiada sebarang kerosakan berlaku kepada kek semasa perjalanan ke hotel.
Alhamdulillah 



"Antara barisan MACCREW yang terlibat"

Terima kasih semua yang menjayakan impian kek perkahwinan 
#amyramar

Majlis resepsi berjalan penuh gilang gemilang.
Dan kami berbangga dengan apa yang telah kami hasilkan.
Banyak yang perlu kami pelajari dan Terima kasih atas sokongan semua yang tidak putus-putus.
Andalah sumber ilham kami.

Kepada pasangan Amar Bahrin dan Amyra Rosli
kami dari MAD ABOUT CAKE
mengucapkan selamat pengantin baru dan stay cute.
Kekal ke Jannah.

Jom saksikan video semasa cake cutting ceremony.


Salam penuh kemanisan 
Dari kami Warga 
MAD ABOUT CAKE

Lawati laman instagram kami di madaboutcake_official
untuk gambar2 terbaru.

Sign Off

Saturday, November 12, 2016

KEK HANTARAN AMYRA ROSLI DAN AMAR BAHRIN

MadAboutCake- Cake Artist and Designer

KEK HANTARAN 
AMYRA ROSLI DAN AMAR BAHRIN

Kombinasi Pure white dan Ivory.
Sugar Flower roses yang dibuat sendiri.




Tahniah kepada pasangan #amyramar semoga kekal ke Jannah dari kami Mad About Cake

Thursday, November 10, 2016

NAIB JUARA HERO OVEN TV3- Tahniah

Tahniah diucapkan kepada Senior Cake Artist MAD ABOUT CAKE
ZAM AKMAL ABD HALIM
Diatas kejayaan 
NAIB JOHAN HERO OVEN TV3

Finalist Akhir
Naim, Zam, Dausy dan Brynner

Rakan Hero Abu Hamidy

Chef Sarah Shamsul

Barisan Juri
Juri Tetap: Khilafairy, Chef Sarah dan Chef Fikree
Juri Khas:
Chef Jasman, Chef Nazri dan Naz JJCM

Semoga terus sukses selalu. Tahniah
MadAboutCake- Cake Artist and Designer

Wednesday, June 22, 2016

#MADTRUCK Majlis pra-perkenalan dan Berbuka puasa bersama anak yatim.

MadAboutCake- Cake Artist and Designer

MAJLIS PRA PERKENALAN DAN BERBUKA PUASA
#madtruck dan #cookiesmostwanted

Food Truck pertama MAD ABOUT CAKE, Mad Truck. 
Majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan Pre-Preview Food Truck.

Jangan lupa dapatkan info mengenai #MADTRUCK yang bakal menggegar arena FOOD TRUCK Malaysia selepas Raya nanti.

Salam Ramadhan Kareem

Monday, February 29, 2016

Class updates


Salam semua 
Ingin pelajari Basic figurines bersama Senior Cake Artist @madaboutcake_official ?

6 dan 9 March 2016 (Pilih Salah satu)
Ahad atau Rabu 
RM250.00 sahaja 
BUKAN RM230.00 preview class
10pagi-3ptg 

Hands on 
🚗Location: waze 'Mad about cake'
Ss25 Petaling Jaya 

❤️Pelajari teknik asas figurines
❤️Teknik pembuatan basic facial
❤️Do and dont dalam pembuatan figurines

Tempat adalah terhad. 
WhatsApp detail anda ke nombor #0173587388 #0193255471 
#madaboutcake

Salam semua 
Ingin pelajari teknik pembuatan Sugar Roses bersama Senior Cake Artist @madaboutcake_official ?

5 March 2016
RM250.00 sahaja
10pagi-5ptg 
Hands on 🚗Location: waze 'Mad about cake'
Ss25 Petaling Jaya ❤️Pelajari teknik bancuhan Mother Paste
❤️Teknik pembuatan roses
❤️Do and dont 
Tempat adalah terhad. 
WhatsApp detail anda ke nombor #0173587388 #0193255471 
#madaboutcake

Monday, February 22, 2016

Hand painting cookies

Hai everyone. 
Mini petite sandwich cookies with hand painting design. Suitable for Vip doorgift.
Passion and obsession 
Turns out good
Satisfaction 


By Mad About Cake

28 Feb 2016 Pastries Class

Salam semua

28 Feb 2016
Pastries Class bersama @madaboutcake_official 
Ahad 10pagi Taman Mayang PJ
Waze: Mad About Cake

Kelas Hands On
Yuran: 180.00

Tenaga pengajar: Chef Wan Noor Zamran

Untuk tempahan tempat: Sila WhatsApp ke no #0193255471 #0173587388 
Cepat sebelum terlambat
#madaboutcake

Friday, January 15, 2016

Selamat pagi


Selamat pagi semua.
Hantaran Signature roses 

Semoga semuanya ceria sentiasa dan selamat berhujung minggu 

Xoxo

Wednesday, January 13, 2016

English feat Oriental wedding cake

Salam semua pembaca blog MadAboutCake 

Maaf Ada gambar abang kat sini. Tumpang glamour jap.


Di sini Nak features 3 tier wedding cake
Untuk abang Izzuddin Precious Moments.
Simple design untuk 1st dan 3rd tier.
Hand painting design untuk middle tier.

Lovely and simple 
Xoxo
Abang Cake

2016- Welcome back to blogspot

Salam semua, 

Sudah lama tidak mengemaskini blogspot kami.

Kepada mereka yang tertanya2 kenapa lama tidak update blog,
Kami lebih tertumpu kepada Facebook Page (Mad About Cake), Instagram (Madaboutcake_official) dan juga Website (www.madaboutcake.com.my) sehingga terabai laman BLOG ini.

Jadi mari mulakan 2016 dengan kembali mengupdate Blog Mad About Cake.

Xoxo
Abang Cake
Senior Cake artist

MadAboutCake- Cake Artist and Designer

Adverstisment