Showing posts with label BISKUT RAYA MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label BISKUT RAYA MALAYSIA. Show all posts

Sunday, January 21, 2024

BISKUT RAYA 2024- Lebih daripada sepuluh 10 jenis untuk tahun ini. Cookies Most Wanted

Seperti saban tahun sebelum ini. Menjelang Ramadan pastinya seleksi-seleksi Biskut Raya dari Mad About Cake akan menjadi penyeri dan pilihan bagi anda. Untuk tahun ke 15 kali ini MAC akan bekolabrasi bersama jenama cookies di bawah keluaran mereka Cookies Most Wanted atau lebih dikenali sebagai CMW.
.
.
.
Jom kita tengok Seleksi Biskut Raya 2024 
Mad About Cake X Cookies Most Wanted.

.
.
.
Tahun ini kami memilih untuk mengabungkan elemen tradisi serta moden untul memberi kepelbagaian pilihan buat anda. Antara cookies tradisi yang kami ketengahkan adalah seperti biskut Tart Nenas, Semperit Dahlia serta Biskut Sujee Badam.
Untuk kategori Cookies Drop kita ada Coklat chip dengan Badam, Coklat Cip tanpa Badam, Oats & Raisin serta Red velvet cookies.
.
.
.
BISKUT RAYA 
MAD ABOUT CAKE 'X' 
COOKIES MOST WANTED
CHOCOLATE COOKIES & CREAM
Biskut coklat yang kaya dengan rasa koko serta tidak terlalu manis 
untuk dihidang kepada tetamu yang berkunjung. 

BISKUT SUJEE BADAM
Diperbuat dengan mengunakan minyak sapi bermutu tinggi menjadikan biskut tradisi ini antara pilihan peribadi penulis,.Rasa yang berlemak serta ringan didalam mulut.
Pasti menjadi pilihan sesuai untuk ibu ayah kita.

BISKUT COKLAT CIP BADAM
Kolabrasi bersama Cookies Most Wanted dimana cookies ini merupakan Best Seller Cookies.
Rasa biskut yang kurang manis, serta coklat yang banyak membuatkan ia pilihan yang sesuai untuk kanask-kanak mahupun dewasa.

BISKUT COKLAT CIP TANPA BADAM
Kolabrasi bersama Cookies Most Wanted dimana cookies ini merupakan Best Seller Cookies bagi ibu ayah yang mempunyai anak yang tidak boleh makan kekacang.
Rasa biskut yang kurang manis, serta coklat yang banyak membuatkan ia pilihan yang sesuai untuk kanak-kanak mahupun dewasa.


CORNFLAKES CUSTARD
Siapa tak suka makan emping jagung. Resepi cookies yang viral ini memang menjadi pilihan ramai sejak dahulu. Rasa biskut yang rangup serta tidak terlalu berat membuatkan ia salah satu cookies yang paling cepat habis. Awas.

OATS & RAISIN
Mengketengahkan pelbagai variasi bahan yang menjadikan biskut ini sangat tinggi value dia.Antara bahan yang digunakan dalam menghasilkan biskut ini adalah Gula Perang, Emping Oats, Kismis, Badam, Coklat serta Emping Jagung. Ini merupakan BEST Seller cookies sejak dari awal kami berniaga.

RED VELVET COOKIES
Biskut Red Velvet merupakan salah satu cookies yang trending. Menjadi kegemaran majoriti wanita menjadikan biskut ini merupakan bunga penghias meja anda nanti.

SEMPERIT DAHLIA
Biskut semperit ini antara biskut yang ringan. Rasa kastard yang digunakan menjadikan ia pilihan cookies yang tak luput dek zaman. 

STRAWBERRY BUTTER COOKIES
Biskut mentega bersama dengan jem strawberi ini merupakan kegemaran ramai. Rasa cookies yang berlemak bercampur dengan masam manis jem strawberi pasti membuatkan anda tersenyum.

TART NENAS
Tak perlu bercerita panjang, biar gambar berbicara. Tart nenas dengan Pastri yang rapuh serta jumlah jem nenas yang secukupnya. Nak atau tak, ini adalah cookies yang wajib ada di rumah untuk setiap kali raya. 

SEA SALT COKLAT CIP
Biskut coklat cip ayng mengabungkan rasa masin daripada sea salt yang digunakan. Menggunakan coklat bermutu dalam penghasilan cookies ini pasti membuatkan anda tak boleh berhenti makan.
.
.
BERIKUT MERUPAKAN KATALOG BERSERTA HARGA YANG ANDA BOLEH RUJUK UNTUK TUJUAN PEMBELIAN.
.
.
.
Tempahan kini dibuka sehingga minggu pertama Ramadan (atau diberitahu kelak). Buat tempahan anda sekarang sebelum terlambat.
.
.

MACAM MANA NAK ORDER?
Boleh klik pada link diatas untuk lakukan tempahan anda sekarang.
.
.
Sebarang pertanyaan boleh ajukan ke 

.
.
Kami mengucapkan selamat menyambut kedatangan Bulan Ramadan AlMubarak, semoga kita semua dilimpahi dengan segala rahmat kebaikan. Amin

MadAboutCake- Cookies Most Wanted

Sunday, March 5, 2023

BISKUT RAYA TAHUN 2023

Assalammualaikum
Lama sungguh admin tak update rumah sini.
Alhamdulillah tahun ni masuk 12 tahun MAC berniaga Biskut Raya ni. Bermula dari buat dekat rumah sorang-sorang, lepas tu ramai-ramai di rumah sebelum berpindah ke outlet kedai kosong sekosong akaun bank waktu itu haha. Alhamdulillah berkat doa semua hari ni MAC dah ada kitchen sentral satu lagi di Ara Damansara.

TAHUN 2023
Seperti biasa nak masuk Ramadhan ni kami dah mula start promosi BISKUT RAYA / COOKIES RAYA sambil dengar lagu raya nyanyian CTDK sambil makan biskut raya. Antara lagu raya kegemaran semestinya Menjelang Hari Raya dan Sesuci lebaran. Korang pulak?

TAPI jangan risau ok guys, Biskut raya kami bukan jenis stok awal tau. Masuk Ramadhan nanti biasa baru kami start buat. TAPI sekarang ni pun korang dah boleh dapatkan COOKIES RAYA kami sebab ejen-ejen dah start beli untuk sample dan makan sendiri. Sesuai lah tagline kami menjelang raya 

"HARI HARI HARI RAYA"
Jadi korang tak perlu tunggu hari raya kalau nak makan biskut raya tau. 


JOM TENGOK SELEKSI PILIHAN BISKUT RAYA Tahun 2023

BUTTER COOKIES / BISKUT BUTTER

Untuk tahun ni kami hasilkan satu set BUTTER COOKIES untuk anda cuba dan hidang di atas meja sewaktu raya nanti. Sedikit intro tentang butter cookies atau biskut Mentega ini.

RASA dia yang rangup dan cair di dalam MULUT

Biskut nya simple tapi itu biasanya yang orang cari , 

percayalah cakap kami. Sebalang memang takkan cukup. 


TAHUN NI KAMI HADIR dengan LIMA PERISA:
1. Original Vanila
2. Orange Pasion Fruit
3. Mixed berry
4. Matcha
5. Chocolatte

LIMA pilihan flavor ni di susun dalam aturan best seller kami, hah jadi anda boleh pilih dari sini. TAPI saya nak SUGGEST korang kena TRY yg MIXED BERRY dan ORANGE PASION sebab 2-2 ni lain daripada yang lain.


HARGA UNTUK BUTTER COOKIES SERIES KAMI?
Untuk sebalang cookies butter berharga RM19.90 sahaja.

TAPI SEKIRANYA Anda beli 
5 Balang +1 Cookies pada Harga RM100 SAHAJA! (T&C apply)


TART NENAS biskut yang satu ni kami tak perlu cerita lebih-lebih. Mesti korang dah tahu kan sejarah dan rasa biskut ni. Kalau tak tahu, abang akan cubit korang tau haha.

Untuk TART NENAS ada 2 PILIHAN HARGA
RM38 untuk Balang Besar (45pcs)
RM22 Untuk balang kecil (24pcs)

CUSTARD DAHLIA atau orang panggil Biskut Semperit Dahlia
Sebalang RM36.00 sahaja. (45pcs)

RED VELVET. Cookies RV ni antara paling favourite gadis gadis. Kalau atas meja memang menonjol sebab warna yang menarik dan rasa yang sedap. 
HARGA RM36 sahaja. (45pcs+)

BISKUT CORNFLAKES Ni antara biskut terawal kami. Dari dulu memang ni lah antara paling laju jalan. duk kepal satu-satu. Simple cookies tapi ramai peminat nya.WAJIB la yang ni untuk koleksi Raya Korang. HARGA RM36 sahaja (40pcs+)

PALING LAKU KERAS!
Ini adalah cookies kami yang paling laju jalan sejak dulu lagi. Rasa cookies yang crunchy dan tak terlalu manis. Dalam ada OATS, KISMIS, BADAM, CORNFLAKE dan CHOCOLATE
Serius abg bagitau awal-awal, MESTI BELI 2 balang tau!
HARGA RM36 (40pcs+)

COOKIES BANGSAWAN hah untuk biskut coklat ni, kami guna coklat premium untuk dapatkan rasa yang T20. Tapi harga masih di paras B40. Maaf masih tak mampu buat biskut Rahmah sebab harga supplier sekarang Ya Ampun RahmahTullah tengok hahaa. Bagi hantu-hantu coklat korang try biskut ni okay. HARGA RM36 (45pcs+)


KALAU MALAS BACA PANJANG-PANJANG
SINI KAMI LETAKKAN SENARAI DAN HARGA TERUS

Butter Cookies
RM19.90 Sebalang
@
5 Balang + 1 Cookies
RM100 sahaja

Tart Nenas RM38 @ RM22
Custard Dahlia RM36
Red Velvet Cookies RM36
Oats & Raisin RM36
Cornflakes Cookies RM36
Biskut T-Twenty Coklat RM36

UNTUK TEMPAHAN ATAU SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI KAMI DI 

SYERA-0168101953
https://wa.me/60168101953?text=BiskutRayaBlog
NUKMAN 0142197151
https://wa.me/60142197151?text=BiskutRayaBlog
WAN 0193255471
https://wa.me/60193255471?text=BiskutRayaBlog
IZZAH 01116375410
https://wa.me/601116375410?text=BiskutRayaBlog

MAC-0378873150
ATAU EMAIL
madaboutcake2u@yahoo.com

MadAboutCake- Cake Artist and Designer

Adverstisment