Wednesday, November 16, 2016

KEK HANDBAG PERTAMA -Buruk malu nak tunjuk. Evolusi kek Mad About Cake

Salam Semua pengikut Mad About Cake
EVOLUSI KEK HANDBAG 

MAD ABOUT CAKE  


Kami bermula pada sekitar 2008, dimana sewaktu itu fondant bukanlah sesuatu yang biasa bagi kami. 
Bermula dengan membuat kek Chocolate fudge salut dengan Cream Ganache yang time tu senget, tidak kemas dan comot. Kenangan semua itu.

Kami mula buat kek2 hantaran, kek birthday. Perlahan-lahan belajar
dan praktikkan setiap pengalaman.

Ok handbag pertama yang kami buat adalah 
dibawah ini.
Kelakar kan, tapi time dapat order ni memang x berani nak buat sebab tak biasa.
Tapi atas sebab kawan2 minta buatkan 
tak tahu mana datang keberanian untuk ambil order ni.

Ingat lagi time buat ni dari pagi sampai ke malam. Walaupun tengok rasa macam nak buang tapi time tu rasa hasil yang ni dah cukup cantik. Bangga gila.
Sebab time tu kek fondant tak secanggih sekarang. 
Kek ni deliver kat Marriot KL mengusung ke lobby ada pengunjung tengok2, puji2 lagi bangga. Tak tahu lah kalau dalam hati diaorg mengata haha.

Time tu mmg x tanya feedback sebab segan dan malu. Kurang percaya pada diri.

Disember 2008- Kelakarkan

Sehari demi sehari. Dapat lagi tempahan kek2 handbag.
Kami belajar improve setiap kali buat.
Buat research. Buat kajian. 
Belajar kenal fondant dan design.

September 2009

Bila fondant dah menjadi sahabat, kita tahu luar dalam, kelebihan dan kelemahan dia
Secara semula jadi benda ni berlaku. 
Segalanya menjadi mudah.
Alhamdulillah

Handbag Ogos 2009

Kalau dihimpun semua gambar kek handbag kami dari mula sehingga 2016 
memang totally berbeza.

Ini yang dinamakan pembelajaran dan pengalaman yang tak boleh dibeli.
Priceless
 
Antara handbag kegemaran kami


KINI 2016 

November 2016

Alhamdulillah kami bersyukur dengan apa yang telah
kami lalui hampir 10 tahun ini menjadi batu asas buat kami.

Untuk menjadi sumber inspirasi buat mereka diluar 
sesuatu yang tidak pernah kami terfikir.

Kami melakukan apa yang kami MINAT
dan menukarnya kepada KERJAYA


Jangan pernah putus asa
dan sentiasalah bersikap positif.

Jangan pernah berhenti untuk belajar.
Ilmu adalah harta buat kita.


Kepada anda yang berminat untuk mempelajari teknik dan rahsia pembuatan KEK HANDBAG
Boleh sertai kelas yang kami anjurkan.
Semoga perkongsian kami semasa kelas mampu 
MENAMBAH NILAI HIDUP ANDA

Sekiranya kek anda biasa-biasa sebelum ini, tukarkan ia menjadi LUAR BIASA.
Sebelum itu tukar diri kita kepada YANG LEBIH LUAR BIASA

Tu dia ayat macam pakar motivasi.
Salam semua.

XOXO Abang Pembuat Kek Handbag
MadAboutCake- Cake Artist and Designer

No comments:

Adverstisment